4.1.1 Gambar uterus yang dikenalpasti diperbesarkan dan dicetak berwarna dengan skala bersaiz besar untuk memudahkan penggunaanya di papan putih atau soft board. Gambar uterus yang dicetak pada poster interaktif adalah mengikut sukatan pelajaran SB016.
4.1.2 Bahan bantu
poster yang berbentuk interaktif disediakan dalam bentuk gambar yang berwarna dan dilaminasi untuk lebih mudah digunakan. Setiap bahan bantu dilekatkan dengan magnetik untuk memudahkan
penggunaannya dan menampal pada poster uterus.
Bahan bantu interaktif
Bahan bantu interaktif
4.1.3 Poster bersama bahan bantu interaktif digunakan semasa waktu perbincangan topik di makmal (masa workshop
makmal diplih kerana masa perbincangan yang lebih lama iaitu 2 jam).
4.1.4 Poster yang digunakan ditampal menggunakan magnetik pada papan putih untuk memberi
gambaran lebih jelas akan proses yang akan dibincangkan. Bahan bantu interaktif dipamerkan di atas meja untuk memudahkan pelajar melihat dan memahami penggunaannya.
Pelajar meneliti bahan bantu interaktif yang disediakan
Pelajar meneliti bahan bantu interaktif yang disediakan
4.1.5 Pelajar dibahagikan mengikut
kumpulan kecil dan diminta untuk membincangkan proses- proses yang berlaku mengikut susunan yang betul dan lokasi yang betul untuk Foetal development . Selepas perbincangan antara kumpulan tamat, setiap wakil
kumpulan diminta untuk tampil ke hadapan untuk menerangkan proses- proses mengikut urutan yang betul dan lokasi yang betul cara fetus berkembang di dalam uterus ibu (Foetal
development).
4.1.6 Semasa seorang wakil pelajar memberi penerangan berkaitan urutan proses yang berlaku semasa Foetal development , pelajar tersebut akan melekatkan bahan bantu interaktif yang disediakan pada poster uterus untuk menampakan lebih jelas perubahan yang berlaku
dalam fetus. Bahan bantu yang berbentuk magnetik memudahkan pelajar menggerakkannya jika perlu dan boleh diguna semula oleh kumpulan lain.

No comments:
Post a Comment