Tajuk
Reproduction bukanlah merupakan satu
tajuk yang sukar difahami. Namun begitu pelajar menghadapi masalah dalam
memahami dan mengingati setiap subtopik dalam tajuk ini bermula dari subtopik Fertilisation, embryogenesis, foetal
development, Implantation dan extraembryonic membrane. Ini kerana semua
proses ini berlaku secara berturutan dan memerlukan kesinambungan pemahaman
pelajar. Semua proses yang berlaku sukar dibayangkan kerana ini merupakan
proses yang berlaku di dalam uterus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Pandangan
terhadap wujudnya masalah kepada pemahaman pelajar terhadap topik ini dibuat
berdasarkan kepada pemerhatian pensyarah semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran , melalui Laporan Kerja Calon Biologi dan Bengkel Pemantapan
Penyampaian Isi Kandungan Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Matapelajaran
Biologi 2015 iaitu:
i-
Semasa pelajar membuat pembentangan di dalam
kelas, ramai yang tidak menerangkan tentang susunan Foetal Development mengikut turutan yang betul dan ramai pelajar
tidak dapat menjelaskan dengan tepat proses yang berlaku.
ii-
Berdasarkan Laporan Kerja Calon(LKC) DB025
Semester 2 sesi 2013/14, menyatakan sebahagian calon mendapat markah yang amat
rendah dalam topik Fertilization and
foetal development kerana gagal memahami topik fertilization and foetal development dan keliru dengan fungsi placenta, amnion dan membrane omnion.
iii- Di samping itu, merujuk kepada dokumen
Bengkel Pemantapan Penyampaian Isi Kandungan Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi
Matapelajaran Biologi 2015, turut dinyatakan pelajar sukar untuk memahami
proses bagi objektif pengajaran ini walaupun pengajaran telah dijalankan
menggunakan diagram statik atau video. Permasalahan ini meliputi pemahaman
terhadap embryogenesis, organogenesis dan juga lemah dalam
menyatakan perkembangan fetus iaitu trimester pertama hingga ketiga.
Berdasarkan Laporan Kerja Calon dalam peperiksaan, pelajar sememangnya
menghadapi kesukaran dalam memahami topik ini dan seterusnya menyebabkan
kegagalan dalam menjawab dengan tepat soalan berkaitan tajuk ini.
Penggunaan
video dan animasi telah digunakan untuk membantu pelajar menggambarkan proses
yang berlaku namun gambaran tersebut tidak kekal lama dalam ingatan para
pelajar.
Masalah pelajar ialah ..
Pelajar perlu menvisualisasi proses tersebut sebelum dapat menghuraikannya mengikut turutan yang betul. Pembelajaran secara visual dapat membantu pelajar mengingati gambarajah dan proses yang terlibat dengan lebih baik kerana sentiasa melihat visual ini dengan lebih kerap. Sambil pelajar menggunakan visual yang berbeza bagi setiap peringkat perkembangan fetal, pada masa yang sama pelajar boleh menerangkan proses yang sedang berlaku. Dua perkara utama berlaku serentak iaitu hands on (gerakan visual yang berbeza) dan minds on (berfikir dan menerangkan proses yang sedang berlaku).
No comments:
Post a Comment