PENGENALAN
Visual
adalah media berbentuk paparan interaktif. Visual membolehkan proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankan dengan lebih berkesan. Menurut Muhamad Hasan
A.Rahman (2000), berdasarkan piramid kadar pemerolehan pengetahuan menunjukkan
penglihatan mencatatkan peratusan terbesar iaitu 83% berbanding rasa, sentuhan,
bau dan pendengaran. Ini menunjukkan bahawa visual membolehkan proses
pemerolehan maklumat berjalan dengan berkesan.
Visualisasi
boleh membantu pelajar untuk memahami konsep abstrak, proses kompleks dan
membina model mental (Mikropoulus et al,2003).dari objek, gambar dan lain lain
, secara terperinci, sistematik dan berfokus. Reinsberg (1997) pula
mendefinisikan visualisasi dalam konteks yang lebih luas iaitu membina dan
mengulang imej sesuatu objek atau fenomena di dalam minda tanpa melihatnya.
Menurut Johari et.el (2007), Visualisasi
bermaksud membayangkan atau menggambarkan. Tufte (2001) mendefinisikan
visualisasi sebagai usaha memperihalkan maklumat yang dapat diperolehi.
Penggunaan visual dalam pengajaran biologi telah kerap
dilaksanakan untuk meningkatkan kefahaman pelajar kerana ia melibatkan pelbagai
proses yang sukar digambarkan. Lazimnya, biologi dan
kebanyakan dari struktur dan prosedurnya saling berhubungan dan kompleks.
Ini menyebabkan ia sukar untuk diajar dan dipelajari
(Mikropoulus et al., 2003). Biologi
juga
melibatkan struktur mikro seperti sel yang hanya dapat dilihat dengan
menggunakan mikroskop. Bagi membantu pelajar memahami konsep yang abstrak dan
sukar, persekitaran pembelajaran perlu menyediakan pelajar peluang untuk
melakukan
eksperimen
dan pemerhatian langsung terhadap objek yang dipelajari.
Kajian
oleh Beeland (2002) mendapati pelajar pelajar menunjukkan kecederungan untuk
belajar biologi apabila guru menggunakan papan putih interaktif di dalam kelas.
No comments:
Post a Comment